|
بسم الله الرحمن الرحيم
الدعوة الإسلامية بالماليزية
أولا: روابط الدعوة الإسلامية
http://www.al-sunnah.com/malaysian
http://www.solat.net/
http://www.al-islam.com/mal/
http://www.al-islam.com/MSite.htm
http://members.xoom.com/Salafiyyun/salaf.htm
http://come.to/dakwah
http://www.religionofislam.com/malay/index.htm
ثانيا: الرسائل الدعوية بالماليزية
رسالة1: تعريف
موجز بالإسلام
باللغة : الماليزية
Introduction to Islam in Malaysian Language
BAHASA MALAYSIA
PENGENALAN RINGKAS TENTANG ISLAM
Segala puji hanyalah bagi Allah Y tuhan sekalian alam.
Selawat dan salam ke atas nabi Muhammad r Imam para
rasul, ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya sekalian.
Islam ialah penyaksian bahawa tiada tuhan yang berhak
disembah melainkan Allah Y dan Muhammad r itu adalah
pesuruhNya, penyaksian yang diakui dengan hati dan
disebut dengan lidah serta dibuktikan oleh anggota
badan. Agama ini mengandungi enam rukun Iman dan lima
rukun Islam serta Ihsan dalam melaksanakan rukun-rukun
tersebut. Ia diturunkan oleh Allah Y kepada rasulNya
Muhammad bin Abdullah sebagai penutup bagi semua risalah
ketuhanan. Ia adalah satu agama yang benar. Allah tidak
menerima seseorang itu beragama melainkan Islam. Allah Y
telah menjadikan Islam satu agama yang mudah, tidak
susah dan tidak membebankan ke atas penganutnya dengan
sesuatu yang di luar kemampuan dan keupayaan mereka. Ia
satu agama yang berasaskan kepada tauhid, bersimbolkan
kebenaran, berpaksikan keadilan dan berteraskan sifat
rahmat ke atas sekalian alam. Ia adalah agama yang
memberi petunjuk kepada sekalian hamba terhadap semua
perkara yang bermanfaat kepada mereka di dalam urusan
agama dan dunia, dan mengingatkan mereka daripada
sesuatu yang memudharatkan dalam perkara agama dan
kehidupan. Satu agama yang memperbetulkan akidah, akhlak
dan kehidupan dunia dan akhirat. Agama yang menyatukan
hati-hati yang berpecah-belah lalu membersihkannya
daripada kebatilan, membawanya kepada kebenaran dan
memberikannya petunjuk kepada jalan yang lurus.
Islamlah agama yang sebenarnya, segala yang disampaikan
adalah benar, tidak menghukum melainkan dengan kebaikan
dan keadilan yang berprinsipkan kepercayaan yang sahih,
amalan yang benar, akhlak yang mulia dan adab yang
terpuji.
Risalah Islam bertujuan untuk mencapai perkara-perkara
berikut :
1. Memberi pengenalan kepada manusia tentang tuhan dan
pencipta mereka melalui nama-namaNya yang indah yang
tiada bandingannya, sifat-sifatNya yang tertinggi yang
tidak menyerupai sesuatu pun, perbuatanNya yang sempurna
dan penuh hikmah yang tiada sekutu dengannya dan tentang
hakNya yang tiada sekutu baginya.
2. Mengajak manusia menyembah Allah Yang Maha Esa tanpa
mempersekutukan- Nya dengan melaksanakan segala yang
diperintah dan meninggalkan segala yang dilarang.
3. Memberi peringatan tentang keadaan dan tempat kembali
mereka selepas mati, apa yang akan mereka hadapi di alam
kubur, tentang hari kebangkitan dan perkiraan amalan
serta penentuan mereka sama ada ke syurga atau neraka.
Secara ringkasnya, asas-asas penting Islam adalah
seperti berikut :
PERTAMA : RUKUN-RUKUN IMAN
Rukun Pertama : Beriman Kepada Allah
Ia mengandungi perkara-perkara berikut :
1. Tauhid Rububiyyah :
Iaitu beriman bahawa Allah Y adalah pencipta, pemilik
alam semesta dan pentadbir serta pengurus segala urusan
makhluk.
2. Tauhid Uluhiyyah :
Iaitu beriman bahawa Allah Y adalah tuhan yang sebenar
dan sebarang penyembahan selain daripada Allah Y adalah
batil.
3. Tauhid Asma’ dan Sifat :
Iaitu beriman bahawa Allah Y mempunyai nama–nama yang
indah dan sifat-sifat yang sempurna lagi tinggi
sebagaimana yang disebut di dalam Al-Quran dan
As-Sunnah.
Rukun Kedua: Beriman Kepada Para Malaikat
Iaitu beriman bahawa malaikat itu adalah hamba ciptaan
Allah Y yang mulia. Mereka sentiasa melakukan ibadat
serta taat setia lagi patuh kepada segala perintah Allah
Y. Mereka telah ditugaskan dengan berbagai-bagai tugas.
Antaranya, Jibrail u, menjadi perantaraan untuk membawa
wahyu daripada Allah Y kepada sesiapa yang dikehendaki
daripada nabi dan rasul. Mikail u, wakil bagi menurunkan
hujan dan tumbuh-tumbuhan. Israfil u, meniupkan
sangkakala bagi mematikan dan membangkitkan semula
makhluk. Malaikat Maut, mencabut roh ketika kedatangan
ajal bagi kematian.
Rukun Ketiga : Beriman kepada Kitab-kitab
Iaitu beriman bahawa Allah Y telah menurunkan kepada
para rasul akan kitab-kitab yang mengandungi petunjuk,
kebaikan dan kemaslahatan kepada manusia. Antara
kitab-kitab yang kita ketahui :
1. Taurat yang diturunkan kepada nabi Musa u yang
merupakan kitab terbesar bagi Bani Israil.
2 .Injil yang diturunkan kepada nabi Isa u .
3. Zabur yang diturunkan kepada nabi Daud u .
4. Suhuf bagi nabi Ibrahim u.
5. Al-Quran Al-Karim yang diturunkan kepada nabi
Muhammad r yang merupakan penutup para nabi. Dengan itu
Allah Y telah memansuhkan dan membatalkan semua kitab
yang terdahulu dan menjamin untuk menjaga serta
memelihara Al-Quran yang akan kekal menjadi hujjah ke
atas sekalian makhluk hingga hari qiamat.
Rukun Keempat : Beriman Kepada Para Rasul
Iaitu beriman bahawa Allah Y telah mengutuskan para
rasul kepada sekalian hambaNya bermula daripada nabi Nuh
u dan berakhir dengan nabi Nabi Muhammad r . Kesemua
para rasul ini –termasuk Isa bin Maryam dan Uzair u.-
adalah manusia biasa yang tidak mempunyai ciri-ciri
ketuhanan sedikitpun. Malah mereka merupakan hamba-hamba
yang dimuliakan oleh Allah Y dengan membawa risalahNya.
Risalah-risalah ini diakhiri dengan nabi Muhammad r yang
diutuskan kepada sekalian manusia dan tidak ada lagi
nabi selepasnya.
Rukun Kelima : Beriman Kepada Hari Akhirat
Iaitu beriman bahawa hari akhirat ialah penyudah
sekalian hari dan tiada hari lagi selepasnya. Ketika itu
sekalian manusia akan dibangkitkan semula oleh Allah Y
dari kubur-kubur mereka dan dihidupkan untuk hidup kekal
sama ada di syurga atau neraka .
Beriman kepada hari akhirat juga ialah beriman kepada
segala yang akan berlaku sesudah mati seperti fitnah
kubur, nikmat dan azabnya dan segala yang akan berlaku
sesudah itu seperti kebangkitan, perhimpunan untuk
perhitungan amalan dan penentuan sama ada ke syurga dan
neraka.
Rukun Keenam : Beriman Kepada Qadar
Iaitu beriman bahawa Allah Y menentukan segala kejadian
dan mewujudkan segala ciptaan berdasarkan pengetahuanNya
yang terdahulu dan selari dengan hikmahNya. Semua
kejadian tersebut di ketahui oleh Allah Ta'ala sejak
azali dan tertulis di sisiNya di dalam Lauhul Mahfuz.
Dialah Allah yang menghendaki sesuatu dan menciptakannya
dan tiada satu kejadian yang berlaku melainkan dengan
kehendakNya dan penciptaanNya.
KEDUA : RUKUN-RUKUN ISLAM
Agama Islam dibina di atas lima rukun dan seseorang itu
tidak akan menjadi muslim yang sebenar sehinggalah dia
beriman dan melaksanakan kesemua rukun ini.
Rukun Pertama : Mengucap Dua Kalimah Syahadah (iaitu
Penyaksian bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan
Allah Y dan Muhammad r itu adalah pesuruhNya)
Mengucap dua kalimah syahadah merupakan kunci dan asas
kepada binaan Islam. Pengertian “La ilaha illallah”
(tiada tuhan melainkan Allah) ialah : Tidak ada yang
berhak disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah
Yang Maha Esa. Dialah tuhan yang sebenarnya dan semua
tuhan selain Allah adalah batil kerana makna tuhan dalam
perkataan “Ilah” ialah yang disembah.
Adapun pengertian “Anna Muhammadar Rasulullah”(bahawa
Muhammad itu utusan Allah) ialah : Percaya dan
membenarkan apa yang dibawa oleh baginda nabi Muhammad r
dengan mentaati suruhan dan perintah serta menjauhi
larangan dan menyembah Allah Y dengan cara yang telah
ditetapkan oleh baginda.
Rukun Kedua : Sembahyang
Maksudnya ialah sembahyang yang telah ditetapkan oleh
Allah Y kepada hambaNya sebanyak lima kali pada setiap
hari sebagai melaksanakan hak Nya ke atas hamba dan
sebagai mensyukuri nikmatNya yang terlalu banyak.
Sembahyang juga merupakan tali penghubung antara muslim
dengan tuhan kerana ia boleh berdoa dan bermunajat
secara langsung dengan Allah Y. Sebagaimana sembahyang
adalah benteng bagi seorang muslim daripada terjerumus
ke dalam lembah kemungkaran dan kejahatan.
Dengan sembahyang seseorang hamba akan mendapat kebaikan
agama dan kejernihan iman serta ganjaran daripada Allah
Y sama ada cepat mahupun lambat. Dengan itu, tercapailah
ketenangan rohani dan jasmani yang menjadikan hamba itu
hidup bahagia di dunia dan di akhirat .
Rukun Ketiga : Zakat
Zakat merupakan pemberian yang dikeluarkan pada setiap
tahun oleh seseorang yang diwajibkan ke atasnya dan
disalurkan kepada orang yang berhak dari golongan fakir
miskin. Zakat tidak diwajibkan ke atas seorang fakir
yang tidak mempunyai kiraan zakat yang cukup tetapi ia
diwajibkan ke atas orang-orang kaya kerana dangan
pengeluaran zakat itu boleh menyempurnakan agama,
mendidik budi pekerti, melindung diri dan harta mereka
daripada kebinasaan, menyuci jiwa daripada kejahatan dan
membantu serta menampung keperluan fakir miskin walaupun
pemberian yang dikeluarkan itu terlalu sedikit jika
dibandingkan dengan pemberian dan rezeki Allah Y yang
melimpah ruah.
Rukun Keempat : Puasa
Maksudnya ialah puasa pada bulan Ramadhan al-Mubarak
iaitu bulan yang kesembilan dari bulan-bulan
al-Qamariah. Pada siang hari di bulan ini, semua orang
Islam bersatu meninggalkan tuntutan syahwat daripada
makan, minum dan bernikah kahwin bermula daripada terbit
fajar sehingga terbenam matahari.
Sebagai balasan terhadap hambanya yang meninggalkan
perkara di atas kerana berpuasa, dengan limpah kurnianya
Allah menyempurnakan agama dan iman mereka, menghapuskan
kesalahan, mengangkatkan darjat mereka dan lainnya yang
telah ditentukankan puasa itu membawa kepada kebaikan
dunia dan akhirat.
Rukun Kelima : Haji
Ia bermaksud pergi ke Baitilah al-Haram di Makkah
al-Mukarramah untuk mengerjakan ibadah khusus kepada
Allah pada masa yang tertentu sebagaimana yang diketahui
di dalam syariat Islam. Sesungguhnya ibadat haji ini
telah difardukan oleh Allah Y ke atas orang-orang yang
berkemampuan mengerjakannya sekali sahaja seumur hidup.
Dalam mengerjakan ibadat ini, umat Islam dari segenap
tempat berhimpun di bumi barakah untuk menyembah tuhan
yang satu dengan memakai pakaian yang sama. Tiada
perbezaan di antara pemimpin dan rakyat, di antara kaya
dan miskin, berkulit putih dan hitam. Lalu mereka
menunaikan manasik haji yang ditentukan seperti Wuquf di
Arafat dan tawaf di Kaabah yang merupakan kiblat bagi
sekalian umat Islam serta sa’ie di antara bukit Safa dan
Marwah. Maka pada ibadat haji ini terdapat banyak sekali
manfaat yang tidak terhitung dan terkira sama ada
daripada aspek dunia mahupun agama.
KETIGA : IHSAN
Ihsan bermaksud kamu beribadah kepada Allah dengan
keimanan dan penyerahan diri seolah-olah kamu melihatNya
dan jika kamu tidak melihatNya, sesungguhnya Dia
memerhatikan kamu (iaitulah kamu merasakan keadaan
tersebut dan melakukannya berdasarkan Sunnah RasulNya
Muhammad r, dan tidak sekali-kali menyalahinya).
Agama Islam merangkumi semua yang tersebut di atas.
Sebagaimana yang telah diketahui, Islam telah menyusun
kehidupan masyarakatnya, individu mahupun berkumpulan
yang boleh menjamin kebahagian mereka dunia dan akhirat.
Maka Islam membenar bahkan menggalakkan perkahwinan dan
mengharamkan perbuatan zina, liwat dan semua perkara
buruk dan mewajibkan hubungan silaturrahim, kasihan
belas kepada fakir miskin dan menjaga mereka sebagaimana
Islam mewajib serta mendorong penganutnya kepada semua
akhlak yang baik dan mengharam serta mengingatkan
daripada setiap akhlak yang buruk. Islam membenarkan
ahlinya mencari rezeki yang halal sama ada melalui
perniagaan, penyewaan dan sebagainya. Sebaliknya Islam
mengharamkan riba dan semua perniagaan yang diharamkan
serta semua perkara yang mengandungi unsur-unsur
penipuan dan penyelewengan. Islam juga mengambil kira
perbezaan manusia pada iltizam mereka di dalam mengikuti
prinsip yang betul dan tanggungjawab mereka pada hak-hak
orang lain. Islam meletakkan hukuman-hukuman yang ketat
bagi beberapa keterlaluan yang berkaitan dengan hak
Allah Y seperti murtad, zina, minum arak dan seumpamanya
sebagaimana Islam meletakkan hukuman-hukuman ketat bagi
semua pencerobohan hak-hak manusia seperti pembunuhan,
pencurian, pertuduhan, pergaduhan, merampas harta orang
dan sebagainya. Hukuman-hukuman ini adalah setimpal
dengan jenayah yang dilakukan tanpa kekurangan atau
keterlaluan.
Islam juga menyusun dan menghadkan hubungan di antara
pemerintah dan rakyat, maka wajib ke atas rakyat
mentaati pemerintah dalam perkara yang tidak maksiat dan
haram ke atas mereka ingkar daripada mentaatinya kerana
perkara itu membawa kepada kerosakan-kerosakan khas dan
umum.
Di sini, bolehlah dirumuskan bahawa Islam telah menjamin
suatu pembinaan dan kewujudan hubungan yang baik dan
amalan yang betul di antara hamba dan tuhannya, manusia
dan masyarakat persekitarannya dalam segenap aspek.
Tiada sesuatu pun daripada kebaikan sama ada berbentuk
akhlak atau pergaulan melainkan Islam telah memberi
tunjuk ajar serta dorongan kepada umatnya. Dan tiada
sesuatu pun keburukan samada dalam bentuk akhlak atau
pergaulan melainkan Islam telah memberikan peringatan
serta larangan kepada umatnya terhadap perkara-perkara
tersebut. Secara keseluruhannya, Islam telah menunjukkan
kesempurnaan dan keunikannya dalam segenap aspek.
Dan segala puji itu bagi Allah tuhan semesta alam.
Sekian.
المصدر: موقع الشمسي
إخوة الاسلام
وأحبائنا فى الله شاركونا بابحاثكم ودراساتكم من خلال
مراسلتنا
اضغط هنا
.
بسم الله الرحمن
الرحيم "اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ (1) خَلَقَ
الْإِنْسَانَ مِنْ عَلَقٍ (2) اقْرَأْ وَرَبُّكَ
الْأَكْرَمُ (3) الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَمِ (4) عَلَّمَ
الْإِنْسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ (5)" سورة العلق.
على إسم الله والشورى ، جعلنا الدين دستورا ، وسرنا في طريق الحق ، كان كتابنا النورا |